Contoh Soalan & Jawapan Peperiksaan MUET Yang Terkini
Bagi pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulasi, diploma, dan pra-universiti yang berhasrat ingin menyambung pengajian ijazah pertama mereka di Universiti Awam (UA), mereka terlebih dahulu perlu menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).
Untuk peperiksaan MUET, calon-calon dikehendaki melengkapkan 4 jenis komponen peperiksaan iaitu:
- Listening
- Speaking
- Writing
- Reading
Calon mestilah menduduki keempat-empat terbabit terbabit dan sekiranya gagal, sijil peperiksaan MUET tidak akan dikeluarkan kepada calon tersebut.
Tips Menjawab Peperiksaan MUET
Terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET.
i) Listening
Bagi peperiksaan listening, calon dinasihatkan untuk melatih kemahiran pendengaran menerusi menonton televisyen atau mendengar radio berbahasa Inggeris.
Teknik ini akan meningkatkan keupayaan calon untuk mendengar dan memahami sebutan dan perkataan yang disebut ketika peperiksaan dijalankan.
ii) Speaking
Calon mestilah kerap bercakap dan menggunakan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya sebulan sebelum peperiksaan dijalankan.
Ini adalah bagi melatih calon untuk selesa dan yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris apabila tiba hari peperiksaan.
iii) Writing
Tips terbaik bagi ujian writing ialah calon menjawab contoh-contoh soalan lepas mengikut waktu dan masa yang ditetapkan di dalam peperiksaan.
Ini bagi membantu calon untuk mengurus masa di dalam peperiksaan dan mengelakkan calon tidak mempunyai cukup masa untuk menjawab soalan-soalan tersebut.
iv) Reading
Untuk menghadapi peperiksaan ini, calon mestilah membaca sekurang-kurangnya 1 jam sehari bacaan yang berunsurkan Bahasa Inggeris.
Calon boleh membaca daripada surat khabar, buku, majalah, atau novel untuk meningkatkan penguasaan pembacaan calon menjelang waktu peperiksaan.
Contoh Soalan & Jawapan
Contoh soalan dan jawapan peperiksaan MUET yang lalu boleh dirujuk seperti berikut:
Contoh soalan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM): https://www.mpm.edu.my/images/dokumen/calon-peperiksaan/muet/regulation/SAMPLE_QUESTIONS.pdf
i) Listening
- MUET Listening Paper Part 1 & Audio Part 1
- MUET Listening Paper Part 2 & Audio Part 2
- MUET Listening Paper Part 3 & Audio Part 3
ii) Speaking
- Theme: Crime
- Theme: National Service
- Speaking Test
iii) Writing
- Writing Paper 2018
- Writing Paper 2012
- Writing Paper Past Question 1
- Writing Paper Past Question 2
- Writing Paper Past Question 3
iv) Reading
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MPM di pautan https://www.mpm.edu.my/.