SOP Pengoperasian Semula Sekolah Fasa 1 Hingga 4 Seluruh Negara

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan SOP terbaharu pengoperasian semula sekolah di bawah KPM mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seluruh negara bermula 3 Oktober 2021.

Untuk makluman, pengoperasian sekolah di bawah KPM adalah berdasarkan fasa PPN yang sedang berjalan di seluruh negara.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan pengoperasian sekolah berjalan semula mengikut SOP yang ditetapkan dan murid-murid boleh kembali ke sekolah untuk melaksanakan pembelajaran secara bersemuka.

Pengoperasian Sekolah Mengikut Fasa

Pengoperasian sekolah yang akan dijalankan adalah fasa PPN bagi setiap negeri iaitu:

i) Fasa 1 PPN

Negeri di dalam Fasa 1 PPN, semua institusi pendidikan ditutup dan semua pembelajaran dan pengajaran akan dijalankan secara PDPR sahaja.

ii) Fasa 2 PPN

Untuk negeri di dalam Fasa 2 PPN juga semua institusi pendidikan ditutup dan semua pembelajaran dan pengajaran akan dijalankan secara PDPR sahaja.

Namun, kelonggaran diberikan bagi kelas peperiksaan yang mana mereka akan dibenarkan menjalankan pembelajaran dan pengajaran ke sekolah.

iii) Fasa 3 PPN

Bagi negeri Fasa 3 PPN, semua institusi pendidikan dibuka secara berperingkat dan tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko.

iv) Fasa 4 PPN

Sekolah yang berada di bawah negeri Fasa 4 PPN akan dibuka sepenuhnya bergantung kepada penilaian risiko semasa.

Penggiliran Murid

Bagi sekolah yang dibenarkan beroperasi, sistem penggiliran murid akan dijalankan dengan kapasiti kelas dihadkan seramai 50% daripada jumlah atau enrolmen keseluruhan kelas.

Oleh itu, murid-murid tersebut akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.

Setiap kumpulan akan melaksanakan pembelajaran secara bersemuka atau PDPR mengikut minggu secara bergilir.

Contoh penggiliran kelas boleh dilihat melalui gambar di bawah:

Namun, terdapat juga kelas yang tidak terlibat dalam sistem penggiliran iaitu:

  • MBK di SMKPK/SMPKV/SKPK dan PPKI.
  • MuridTingkatan 6 semester 2 dan IBD Tahun 2.
  • Murid di sekolah asrama sepenuhnya.
  • Murid kelas peperiksaan antarabangsa.
  • Murid prasekolah/tadika swasta/pusat perkembangan minda (4 hingga 6 tahun).
  • Sekolah Kurang Murid (bawah 150 murid seluruh sekolah).

Pelanjutan Sesi Persekolahan Sesi 2021

KPM juga memaklumkan bahawa sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.

Ini bermakna, pelajar akan kekal dalam tahun persekolahan masing-masing pada bulan Januari dan Februari 2022 dan mereka akan naik ke kelas seterusnya pada Mac 2022.

Langkah ini dilakukan bagi melaksanakan program intervensi bagi membolehkan murid yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah menguasai tahap minimum sebelum naik ke kelas berikutnya.

Bagi murid-murid yang cemerlang pula, tempoh ini akan digunakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka bagi membantu mereka naik ke tahun berikutnya.

Pakaian Seragam Sekolah

Untuk sesi persekolahan akan datang, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam sedia ada tidak sesuai dipakai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengoperasian semula sekolah, sila layari laman web KPM di pautan https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: