SOP Terbaharu Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah

Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan SOP terbaharu pemakaian pelitup muka di tempat tertutup, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan ketetapan terbaharu mengenai pemakaian pelitup muka terutamanya di sekolah.

Sebelum ini, Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat tertutup berkuat kuasa serta merta.

Ini disebabkan kadar kumulatif kes COVID-19 berada pada tahap yang rendah selain kadar kemasukan ke hospital berada pada tahap malar terurus untuk kes COVID-19.

Walau bagaimanapun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung yang berkunjung ke premis mereka diwajibkan memakai pelitup muka untuk memasuki premis mereka atau sebaliknya.

Pemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Sekolah

KPM mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing selepas ketetapan terbaharu yang dibuat oleh KKM.

Namun, KPM masih menggalakkan pemakaian penutup muka dalam kawasan sekolah khususnya di tempat-tempat yang mempunyai jumlah yang ramai.

Pemakaian Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam

Namun, pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam ke sekolah seperti bas dan van masih diwajibkan untuk memakai pelitup muka.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka yang menggunakan pengangkutan awam ke sekolah untuk memakai pelitup muka.

Ini bagi memastikan mereka terhindar daripada dijangkiti wabak COVID-19 atau penyakit-penyakit yang lain.

Sumber daripada https://www.sinarharian.com.my/article/220679/berita/nasional/pemakaian-pelitup-muka-di-sekolah-tidak-diwajibkan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: