SPAK: Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS 2025

Individu yang berminat boleh membuat permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS (SPAK) Siri 2 2025 yang telah dibuka.
Berikut diterangkan mengenai sijil ini dan cara untuk memohon.
Mengenai Sijil Pendidikan Kanak-Kanak KEMAS (SPAK)
Untuk makluman, untuk mendapatkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS, mereka perlu mengikuti kursus bagi mendapatkan sijil ini.
Kursus ini akan diadakan di institut/Pusat Latihan KEMAS bagi mereka yang telah membuat permohonan.
Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS namun sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di Semenanjung Malaysia sahaja.

Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 16 Mei 2025 (Jumaat) sehingga 29 Mei 2025 (Khamis).
Tempoh Kursus
Tempoh kursus ini adalah selama 3 bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak jabatan.
Syarat Permohonan
Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat permohonan berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Mempunyai Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Sihat tubuh badan serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau sukan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan https://kis.kemas.gov.my/.
Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat permohonan akan ditolak dan hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.
Panggilan Temu Duga
Pemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu sesi temuduga.
Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS (SPAK) 2025, sila layari laman web https://kis.kemas.gov.my/ atau menghubungi 03-8891 2605.
Baca juga:



