SPH JAKIM: Skim Pembiayaan Hafiz Tahun 2023 Dalam Negara

Para hafiz yang menyambung pengajian mereka secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah dalam negara dipelawa untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH JAKIM) bagi sesi pengajian 2023.

SPH merupakan biasiswa yang diwujudkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Oleh itu, para hafiz yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 27 Mac 2023 hingga 7 April 2023.

Bidang Pengajian Skim Pembiayaan Hafiz (SPH JAKIM)

Bidang pengajian yang layak memohon skim pembiayaan ini adalah seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda

  • Pengajian Islam
  • Qiraat
  • Sastera
  • Sains
  • Kejuruteraan
  • Teknologi
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Optometri
  • Undang-Undang

ii) Ijazah Sarjana/PhD

  • Pengajian Islam

Syarat Umum Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH JAKIM)

Syarat umum bagi para hafiz yang ingin membuat permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan.
  3. Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.
  4. Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH.
  5. Baki pengajian pelajar tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.
  6. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana IPT.
  7. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak untuk memohon biasiswa ini.
  8. Memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.

Syarat Akademik

Syarat akademik yang ditetapkan oleh pihak JAKIM adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:

i) Ijazah Sarjana Muda (Tahun 1)

  1. Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas; atau
  2. Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid/Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid; dan
  3. SPM 5 Kepujian/STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab)/STAM Pangkat Jayyid.

ii) Ijazah Sarjana Muda (Tahun 2 dan ke atas)

  1. PNGK tahun pertama 3.3 ke atas; dan
  2. Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid

iii) Ijazah Sarjana/Ph.D

  1. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
  2. Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid

Pelajar Tidak Layak Memohon

Pelajar yang tidak layak memohon skim pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Calon yang telah mendapat tajaan atau biasiswa daripada mana-mana penaja.
  2. Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/Asasi Sains/Pra Universiti/Foundation/Pensijilan Tahfiz al-Quran/Pusat Bahasa.
  3. Penjawat awam.
  4. Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.

Tatacara Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH JAKIM)

Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://sph.islam.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang’ dan klik butang ‘Daftar Akaun Pemohon.’
  3. Tandakan pada kotak ‘Setuju Dengan Terma’ dan klik butang ‘Setuju.’
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan ‘No Kad Pengenalan’ dan kata laluan.
  6. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. 1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport.
  2. Salinan Kad Pengenalan.
  3. Salinan Sijil-sijil akademik.
  4. Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM/Sijil Tahfiz Malaysia/Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM.
  5. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  7. Salinan Transkrip Pensijilan/Diploma/Ijazah/Sarjana.
  8. Salinan Surat Tawaran Pengajian
  9. Surat Akuan Pengajian/Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas).
  10. Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga/tanggungan.
  11. Slip gaji ibu/bapa/penjaga atau Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri).
  12. Sijil-Sijil Ko-Kurikulum.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai SPH, sila berhubung dengan Unit Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM di talian 03-88707141/7125/7146/7149.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: