SPM 2021 Sesi Kedua: Pernyataan Pendaftaran & Jadual Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pelaksaanaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 Sesi Kedua akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei 2022.

SPM 2021 Sesi Kedua ini akan melibatkan Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.

Pelaksanaan SPM 2021 untuk sesi ini dibuat bagi pelajar yang tidak dapat menduduki ketiga-tiga ujian tersebut akibat disahkan positif COVID-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), calon yang terkesan akibat banjir atau kes-kes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan.

Oleh itu, murid-murid yang terlibat dinasihatkan untuk mengambil perhatian mengenai pernyataan pendaftaran dan jadual waktu peperiksaan bagi mengelakkan sebarang masalah ketika waktu peperiksaan.

Tarikh Peperiksaan

Tarikh peperiksaan SPM 2021 untuk sesi ini seperti yang telah ditetapkan oleh LP adalah seperti berikut:

PerkaraTarikh
Ujian Bertutur Bahasa Melayu5 April 2022
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris6 April 2022
Ujian Mendengar
(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
7 April 2022 (Pagi)
Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa7 April 2022 (Petang)
Ujian Bertulis11 April – 18 Mei 2022
(15 hari pelaksanaan)
Ujian Amali Sains19 Mei 2022

Pernyataan Pendaftaran

Bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan ini, mereka perlu membuat semakan, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan.

Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ini mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan.

Pernyataan ini perlu dicetak dan dibawa ke dewan peperiksaan pada hari peperiksaan dijalankan.

Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ini boleh diakses melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store mulai 1 April 2022.

Jadual Waktu Peperiksaan

Jadual waktu peperiksaan SPM 2021 Sesi Kedua mengikut mata pelajaran boleh disemak dan dimuat turun melalui pautan di http://lp.moe.gov.my mulai 1 April 2022.

Selain jadual waktu, murid juga boleh mengetahui peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid semasa peperiksaan berlangsung.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SPM 2021 Sesi Kedua, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: