SPMU 2022: Semak Keputusan Peperiksaan Mulai 20 Oktober 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2022 akan dikeluarkan pada 20 Oktober iaitu pada hari Khamis.

Untuk makluman, SPMU ialah ialah peperiksaan SPM yang dijalankan kali kedua bagi calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.

Untuk tahun 2022, seramai 7,720 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2022 di 209 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Peperiksaan SPMU 2022 telah dilaksanakan di seluruh negara pada 12, 13 dan 14 September 2022 yang lalu.

Cara Membuat Semakan

Semakan keputusan peperiksaan SPMU 2022 boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:

i) Dalam Talian

Semakan keputusan boleh dibuat menerusi dalam talian melalui pautan http://myresultspmu.moe.gov.my.

Keputusan penuh peperiksaan secara dalam talian akan mula dikeluarkan mulai pukul 10.00 pagi pada 20 Oktober 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 26 Oktober 2022.

ii) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) di telefom bimbit masing-masing.

Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan ini, taip SPMU<jarak>NoKP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 20 Oktober 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 26 Oktober 2022.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai keputusan peperiksaan SPMU 2022 ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: