Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2022 yang akan dilaksanakan kepada murid yang telah mendaftar.

SPMU ialah ialah peperiksaan SPM yang dijalankan kali kedua bagi calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.

Menurut KPM, seramai 7,720 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2022 di 209 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Untuk memastikan kelancaran pelaksanaan peperiksaan ini, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan 1,441 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis.

Tarikh SPMU 2022

Murid akan menduduki peperiksaan SPMU untuk tahun 2022 akan dilaksanakan pada 12, 13 dan 14 September 2022.

Jadual Waktu Peperiksaan

Jadual waktu peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak LP adalah seperti berikut:

Peringatan Kepada Calon

KPM juga telah memberikan peringatan kepada calon yang akan mengambil peperiksaan ini:

  1. Rujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
  2. Bawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Perkara Yang Dilarang

Calon juga dilarang untuk membuat perkara-perkara berikut semasa peperiksaan berlangsung:

  1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calonlain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasapeperiksaan.
  9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai peperiksaan ini, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *