Bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS), anda boleh memohon SPS Padanan Caruman daripada PERKESO untuk diberi perlindungan selama 12 bulan/1 tahun.
SPS Padanan Caruman ialah pembiayaan padanan caruman di mana OBS hanya perlu membayar sebanyak 20% atau RM46.60 sahaja daripada kadar caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman dua.
Manakala baki bayaran 80% iaitu RM186.20 pula akan dibiayai oleh kerajaan.
Permohonan boleh dibuat bermula 1 Mei 2023 dan kelulusan adalah tertakluk kepada keputusan PERKESO.
Kumpulan Sasar SPS Padanan Caruman
Kumpulan sasar bagi bantuan padanan caruman ini adalah seperti berikut:
- SPS Asal- Orang Asli (Semenanjung) dan Orang Asal (Sabah dan Sarawak) yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
- SPS Gig 3.0 (Pekerja Gig)- Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor.
- SPS Jaja 2.0- Sektor Penjaja (Pasar, gerai/kiosk dan food truck).
- SPS Lain Upaya-Orang kurang upaya yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
- SPS Seni 2.0- Sektor kesenian yang terdiri daripada artis , penyanyi, pelakon, penari, kru produksi, kraftangan, pelukis, jurufoto, dan sebagainya.
- SPS Usahawanita- Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.
- SPS Agro- Sektor pertanian, sektor pertenakan, sektor perhutanan, dan sektor perladangan.
- SPS Sukan- Semua sukan Malaysia termasuklah sukan tradisional dan moden.
- SPS Joran- Sektor perikanan (akuakultur).
- SPS Didik- Individu yang menjalankan aktiviti pendidikan seperti jurulatih, perunding, tenaga pengajar yang bekerja di bawah 20 sektor.
- SPS Servis- Ejen dan semua jenis perkhidmatan di bawah 20 sektor.
Faedah Perlindungan
Faedah perlindungan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
No. | Faedah | Keterangan |
1 | Faedah Perubatan | Rawatan perubatan di klinik panel/hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan |
2 | Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) | 80% daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari) |
3 | Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) | 90% daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal |
4 | Faedah Orang Tanggungan (FOT) | RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggungan |
5 | Elaun Layanan Sentiasa (ELS) | RM500 sebulan |
6 | Faedah Pengurusan Mayat | RM2,000 |
7 | Faedah Pinjaman Pendidikan | Faedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak OBS yang layak sekiranya OBS meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) |
8 | Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional | Bekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program “Return to Work (RTW)” serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO |
Syarat Kelayakan SPS Padanan Caruman
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur.
- Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.
- Bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
- OBS yang bekerja di Malaysia.
Tatacara Permohonan
Permohonan dan pengaktifan perlindungan SPS Padanan Caruman boleh dibuat melalui:
- Portal Matrix: https://matrix.perkeso.gov.my/mypass/login.
- Kaunter Pejabat PERKESO yang berdekatan.
- Aplikasi mobil PERKESO di Google Play Store atau Apple Store.
- Ejen Korporat PERKESO yang berdaftar.
Dokumen Sokongan
Pemohon perlu menyerahkan dokumen sokongan berikut semasa membuat permohonan:
- Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang).
- Surat pengesahan pekerjaan daripada agensi atau pihak berkuasa yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor.
Info Lanjut
Info mengenai SPS Padanan Caruman, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/sps-padanancaruman.html.