Login SSO KPM: Sistem Pengurusan Sekolah

Bgai meningkatkan kualiti pengurusan sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu lagi sistem iaitu Sistem Pengurusan Sekolah menerusi Single Sign On (SSO).

Mengapa SSO digunakan di dalam Sistem Pengurusan Sekolah ini? Sebelum itu, kita perlu memahami terlebih dahulu maksud SSO.

SSO merupakan satu kaedah atau ciri yang membenarkan pengguna mencapai pelbagai aplikasi dengan menggunakan satu akaun pengguna sahaja.

Ini bermakna, dengan menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah sahaja, para guru dan pentadbir boleh mencapai pelbagai akses lain dengan hanya satu akaun sahaja.

Objektif SSO

Antara objektif utama KPM melaksanakan sistem ini adalah untuk memudahkan pengguna untuk mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses dengan hanya menggunakan satu login ID dan password sahaja.

Capaian Akses

Antara akses yang boleh dicapai melalui sistem ini adalah seperti berikut:

  • Modul Pengurusan Guru (e-Operasi)
  • Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)
  • Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)
  • Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
  • Sistem Kenaikan Pangkat (e-Pangkat)
  • Modul Pertukaran Guru (eGTukar)
  • Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
  • Sistem Pengurusan Buku Teks Sekolah (eSPBT)
  • Sistem Permohonan Pelepasan Murid dan Panduan Cuti Tanpa Rekod Bagi Program Sukan (ePelepasan)

Pengguna SSO

Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah guru atau pentadbir yang diberi kebenaran oleh KPM.

Untuk itu, hanya pengguna yang berdaftar yang menggunakan nombor kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat mengakses sistem ini.

Pihak KPM akan mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan oleh SSO dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya sistem baharu diwujudkan.

Cara Login

Untuk login sistem ini menerusi Sistem Pengurusan Sekolah, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
  2. Di bahagian menu di sebelah atas, klik bahagian ‘Log Masuk.’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Klik butang ‘Log Masuk’ untuk log masuk.
  5. Setelah berjaya, pengguna akan membawa terus di bawa ke dalam sistem ini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SSO, sila layari laman web https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: