Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan ini.
KPM memaklumkan, peperiksaan STAM 2021 akan melibatkan calon seramai 5,089 orang melibatkan 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Oleh sebab itu, KPM telah melantik seramai 1,038 petugas peperiksaan untuk memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut.
Tarikh Peperiksaan
Tarikh peperiksaan STAM 2021 akan berlangsung selama 9 hari iaitu pada 5 April 2022 sehingga 14 April 2022.
Jadual Peperiksaan
Jadual peperiksaan secara terperinci boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan (LP) iaitu http://lp.moe.gov.my/.
Untuk pengetahuan, peperiksaan ini akan melibatkan subjek-subjek berikut iaitu:
- Hifz Alquran dan Tajwid
- Fiqh
- Tauhid dan Mantiq
- Tafsir dan Ulumuhu
- Hadith dan Mustolah
- Nahu dan Sarf
- Insya’ dan Mutalaah
- Adab dan Nusus
- ’Arudh dan Qafiyah
- Balaghah
Dokumen Yang Perlu Dibawa
Pelajar yang bakal mengambil peperiksaan ini diingatkan untuk membawa dokumen berikut semasa hari peperiksaan iaitu:
- Dokumen Pengenalan Diri (Kad Pengenalan)
- Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan
Pematuhan SOP
Pelajar juga diingatkan untuk mematuhi SOP berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM
Selain itu, pelajar juga diingatkan untuk mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 di kawasan sekolah.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai peperiksaan STAM 2021, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/ atau http://lp.moe.gov.my/.