STAY ATM: Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2023

Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)/Veteran ATM/kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang mempunyai anak yang bakal bersekolah di Tingkatan 1 tahun 2023 boleh membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).

Untuk makluman, sekolah ini merupakan sekolah yang ditubuhkan di bawah ATM sejak tahun 2013 yang menjurus kepada institusi pendidikan hafazan, akademik dan kebajikan kepada anak ATM.

Setiap tahun, sekolah ini menerima kemasukan 100 pelajar yang hanya dibuka untuk anak ATM, veteran ATM dan awam Kementah.

Permohonan kemasukan bagi STAY ATM 2023 dibuka kepada pelajar lelaki sahaja dan boleh dipohon mulai 1 November 2022 sehingga 2 Disember 2022.

Kurikulum Ditawarkan

Untuk tingkatan 1 hingga 3, pelajar diajar sepenuhnya mengenai hafazan manakala pelajar tingkatan 4 serta 5 pula mereka akan menduduki pembelajaran bagi menghadapi SPM di Maktab Tentera Diraja (MTD) termasuk tuisyen.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pelajar merupakan anak-anak ATM, Veteran ATM dan Awam Kementah.
  3. Memperolehi sekurangnya 4A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2021.
  4. Lulus penilaian berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PSSR).
  5. Boleh membaca dan lulus ujian hafazan Al-Quran dalam masa yang ditetapkan.
  6. Boleh membaca dan menulis tulisan jawi.
  7. Lulus temuduga.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan https://forms.gle/P4osHEqryR9zNPq86.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Muat naik sijil UPKK, kad pengenalan pelajar, dan surat beranak pelajar.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai STAY ATM 2023, ibu bapa/penjaga boleh menghubungi Kapten Mohd Fathi Waez bin Rostam ditalian 011-12202389 melalui aplikasi WhatsApp. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: