STEP MARA: Pinjaman Pelajaran Ke Mesir & Jordan 2023

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti terpilih di Jordan menerusi STPM / STAM Excellence Programme (STEP).

STEP merupakan program yang bertujuan melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif dan memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Permohonan bagi pinjaman pelajaran ini dibuka 31 Oktober 2023 sehingga 14 November 2023.

Tempoh Pinjaman STEP

Tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian sebenar tertakluk kepada syarat tawaran yang ditetapkan.

Senarai Bidang & Universiti

Pelajar dalam bidang dan universiti berikut layak untuk membuat permohonan:

i) Mesir

BidangUniversiti
Pengajian Islam

– Fiqh Wa Usul
– Syariah Islamiah
– Syariah dan undang-undang
– Usuluddin
– Dakwah Islamiah
– Dirasat Islamiah
University of Al-Azhar

ii) Jordan

BidangUniversiti
Pengajian Islam

– Fiqh Wa Usul
– Syariah Islamiah
– Syariah dan undang-undang
– Ekonomi Islam
– Dakwah Islamiah
– Usuluddin
– World Islamic Science & Edu
– University (Wise)
– University Al-Bayt
– University Of Jordan
– University Of Mu’tah
– Yarmouk Universitty
Pengajian Al-Quran & Al-Qiraat

– Al -Quran & Al-Qiraat
World Islamic Science & Edu
University (Wise)

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2023 adalah minimum 19 tahun dan tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan dibuat.
  3. Permohonan dibuka kepada pelajar baharu dan pelajar sedia ada dengan baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun 12 bulan dari tarikh permohonan dibuat.
  4. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  6. Tidak pernah menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana- mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
  7. Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  8. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang- undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  9. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Khusus

Syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada pelajar:
    – Baharu yang telah berjaya mendapat surat tawaran daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia; atau
    – Sedia ada yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih perlu mengemukakan Surat Tawaran Universiti dan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  2. Bidang atau kursus yang diambil mestilah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Badan-badan Profesional di Malaysia.

Syarat Kelayakan Akademik

Pemohon juga dikehendaki memenuhi syarat kelayakan akademik:

i) Pengajian Ijazah Pertama di Mesir

Bidang Kelayakan AkademikSyarat Tambahan
Pengajian IslamSijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/setaraf memperolehi sekurang- kurangnya keputusan Jayyid Jiddan
(80%-89%)
Lulus (najah) dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Al-Azhar (Imtihan Qabul) atau telah mengikuti pengajian ijazah pertama dengan baki tempoh pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
Al-Quran & Al-QiraatDiploma Qiraat atau setaraf dan memperolehi sekurang- kurangnya keputusan Jayyid Jiddan diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar.Lulus (najah) dalam peperiksaan kursus bahasa untuk kemasukan ke Universiti Al-Azhar (Iktibar Lughawi) dan lulus Tapisan Keselamatan (Mufaqah Amniyah).

ii) Pengajian Ijazah Pertama (Pelajar Sedia Ada) Jordan

BidangKelayakan AkademikSyarat Tambahan
Pengajian IslamMemperoleh peperiksaan terdahulu sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan (80%-89%) ATAU CGPA minimum 3.00 yang setaraf dengannya bagi semester peringkat terdahulu.Lulus (najah) dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti terpilih di Jordan (Imtihan Qabul) dan sedang mengikuti pengajian ijazah pertama dengan baki tempoh pengajian tidak kurang dari 1 tahun.

Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) sahaja di https://educationloan.mara.gov.my bermula 31 Oktober 2023 (Selasa) sehingga 14 November 2023 (Selasa), 11.59 malam (Waktu Malaysia).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui email dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: