STR 2025: Cara Membuat Permohonan Baharu & Kemaskini

Di dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah mengumumkan untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pemberian bantuan ini.

Mengenai STR

Untuk makluman, STR merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Inisiatif ini diberikan dalam bentuk bantuan kewangan yang disasarkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40) di dalam negara.

Pemberian bantuan ini merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Untuk tahun 2025, kerajaan akan menyalurkan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM13 bilion yang memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

Kadar STR 2025

Untuk tahun 2025, bantuan ini akan melibatkan beberapa perubahan antaranya:

  • Kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4600 berbanding RM3700.
  • Kadar baharu bagi kategori bujang meningkat kepada RM600.

Penerima Yang Layak

Penerima yang layak menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

i) Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii) Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun;
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Permohonan Baharu

Permohonan baharu untuk bantuan ini boleh dibuat menerusi 2 cara iaitu:

  1. Menerusi Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Mengemukakan borang ke pejabat HASiL berdekatan dengan merujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL

Kemaskini STR

Bagi mereka yang tidak mengemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022, STR 2023 dan STR 2024, mereka perlu mengemaskini maklumat untuk melayakkan mereka mendapat bantuan ini.

Pengemaskinian maklumat perlu dibuat melibatkan maklumat asas seperti:

  • Nombor Telifon Rumah
  • Nombor Telifon Bimbit
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat emel
  • Nombor Telifon Pasangan
  • Maklumat Akaun Bank Pemohon/ Pasangan
  • Maklumat Waris

Kaedah Pembayaran STR

Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui 2 cara iaitu:

  • Walk in ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran: Untuk yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
  • Pengkreditan terus ke Akaun Bank penerima/pasangan.

Maklumat Lanjut STR 2025

Maklumat lanjut mengenai STR 2025, sila klik di pautan :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: