Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bakal diterima oleh mereka yang layak juga terdiri daripada kategori bujang.
STR ialah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bantuan ini dijangka dapat membantu sekitar 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Syarat Penerima STR Bujang
Untuk kategori bujang, syarat penerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bantuan STR Bujang
Penerima dalam kategori STR Bujang bakal menerima jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM350.
Ini boleh dilihat melalui jadual di bawah:
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat mengikut jadual di bawah:
Fasa Pembayaran | Tarikh Pembayaran |
Fasa 1 | Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat |
Fasa 2 | April* |
Fasa 3 | Julai* |
Fasa 4 | November* |
Permohonan Baharu & Kemaskini STR Bujang
Untuk permohonan baharu dan kemaskini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
i) Permohonan Baharu
- Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Buat pengesahan.
- Hantar permohonan.
Anda juga boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
Atau
Penghantaran secara Pos.
Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Muat turun borang di bawah:
ii) Kemaskini
- Layari portal rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik butang ‘Log Masuk’ bagi membuat kemas kini.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Klik butang ‘Kemas Kini Permohonan’ setelah berjaya log masuk MySTR.
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Klik butang ‘Teruskan’ setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik
butang ‘Sahkan Captcha.’ - Tandakan pada kotak Perakuan Pemohonan.
- Klik butang ‘Hantar’ bagi meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya dihantar.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai kemaskini STR Bujang, layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Baca juga :