STR Fasa 2 2025: Pembayaran Mulai 24 Mac
Kementerian Kewangan telah mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025.
Berikut merupakan maklumat dan info mengenai pembayaran STR ini.
Mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR ialah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk bantuan kewangan yang disasarkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40) di dalam negara.
Pemberian bantuan ini merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Untuk tahun 2025, kerajaan akan menyalurkan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM13 bilion yang memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2025
Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dikreditkan bermula 24 Mac 2025 iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2025
Jumlah bayaran STR bagi fasa ini adalah seperti berikut:
Kaedah Pembayaran STR
Bagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui 2 cara iaitu:
- Walk in ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran: Untuk yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Pengkreditan terus ke Akaun Bank penerima/pasangan.
Semakan Status STR
Untuk semakan status STR, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan log masuk.
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon
- Buat kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
– Nama pemohon
– No Mykad pemohon
– Status permohonan
– Maklumat pembayaran Fasa 2 (jika layak) - Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
- Masukkan kata laluan dan maklumat dipaparkan.
Maklumat Lanjut STR 2025
Maklumat lanjut mengenai STR 2025, sila klik di pautan :
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Baca juga: Jumlah Dividen Tabung Haji 2024 & Tarikh Pengkreditan