STR Fasa 2: Tarikh & Jumlah Pembayaran

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka akan menerima bayaran seterusnya pada April 2023.

STR merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 menyatakan kerajaan akan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 sehingga RM3,100.

Bantuan ini akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Penerima Yang Layak

Penerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:

i) Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii) Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Pemberian STR Fasa 2

Jumlah pembayaran STR adalah seperti berikut

  • RM200 – Untuk kategori Isi Rumah (Berkahwin)
  • RM100 – Untuk kategori warga emas sebatang kara (60 tahun ke etas)
  • RM100 – Untuk kategori Bujang (21-59 tahun)
  • RM100 – Untuk kategori Bujang OKU (19-59 tahun)

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2

Tarikh pembayaran sumbangan ini secara keseluruhannya adalah seperti berikut:

Fasa PembayaranTarikh Pembayaran
Fasa 1Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat
Fasa 2April*
Fasa 3Julai*
Fasa 4November*

Ini bermakna, tarikh pembayaran bagi Fasa 2 dijangka pada bulan April 2023 dan Kementerian Kewangan akan membuat pengumuman mengenai tarikh pembayaran secara spesifik.

Permohonan Baharu

Bagi orang ramai yang ingin membuat permohonan baharu, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/PermohonanSTR?.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Buat pengesahan.
  4. Hantar permohonan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai STR Fasa 2, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *