STR: Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan akan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi STR yang berjumlah sehingga RM3,100.

Inisiatif ini dijangka akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Pelaksanaan inisiatif ini di bawah Konsep Payung Rahmah adalah sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan bagi menangani kenaikan kos sara hidup.

Penerima Yang Layak

Penerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:

i) Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii) Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran asas sumbangan ini yang akan diterima adalah seperti berikut:

Selain itu, sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima termiskin mengikut data e-Kasih juga akan diberikan.

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran sumbangan ini adalah seperti berikut:

Fasa PembayaranTarikh Pembayaran
Fasa 1 Bermula 17 Januari 2022 secara
berperingkat
Fasa 2April*
Fasa 3Julai*
Fasa 4November*

Permohonan Baharu

Untuk membuat permohonan baharu, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/PermohonanSTR?.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Buat pengesahan.
  4. Hantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: