Subsidi Bantuan Pengajian Sarjana Muda Pelajar India B40 2023

Pelajar India B40 yang menyambung pengajian di Universiti Awam (UA) bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda adalah dialukan untuk memohon Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pemberian subsidi bantuan pengajian ini adalah selaras dengan konsep Malaysia MADANI, yang mana elemen pendidikan telah diberi perhatian bagi memastikan ilmu pengetahuan menjadi keutamaan.

Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Bagi Pelajar India B40 yang diperkenalkan untuk meringankan beban kewangan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA.

Tempoh permohonan akan dibuka mulai 8 Mei 2023, jam 2.00 petang sehingga 15
September 2023, 5.00 petang.

Bantuan Pengajian Sarjana Muda Pelajar India B40 2023

Objektif Bantuan Pengajian Sarjana Muda Pelajar India B40 2023

Objektif bantuan ini disalurkan adalah untuk:

  • Untuk membantu pelajar menampung perbelanjaan semasa di kampus.
  • Merapatkan jurang pembelajaran antara golongan yang mampu dengan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian atas faktor kekurangan kewangan.

Jumlah Subsidi

Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan subsidi secara one-off sebanyak
RM2,000.

Sekiranya pelajar tidak mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), pelajar perlu membuka akaun BSN di mana-mana cawangan bank BSN yang berdekatan.

Selain itu, bantuan kewangan ini akan disalurkan terus kepada pelajar menerusi akaun BSN pelajar sahaja.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon subsidi ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berketurunan India.
  2. Akan mengikuti pengajian di Tahun Kedua, Ketiga atau Tahun Akhir di mana-mana UA dalam negara, pada September/Oktober 2023.
  3. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di UA pada tahun semasa.
  4. Tidak mempunyai masalah disiplin di UA.
  5. Daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00).
  6. Mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan penyaluran subsidi.
  7. Tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang.

Cara Memohon Bantuan Pengajian Sarjana Muda Pelajar India B40 2023

Untuk memohon, pelajar perlu membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdlV4_xEJ2uUr0DWhm8SDiHViCy6RdzR3LC48S4Tm1B7-bNpQ/viewform?fbclid=IwAR3ocpjZi2_LQTLYq20n7oJDJCvZl_chHsaiDMpBPWzD-gIr8veqDDcR9Pw.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  2. Salinan Surat Tawaran Pengajian Universiti Awam.
  3. Salinan Surat Perakuan daripada Universiti Awam/Slip Pendaftaran ke Semester Baharu).
  4. Salinan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)/Penyata Gaji Ibubapa/eKasih.
  5. Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (yang telah disahkan oleh Bank).
  6. Salinan Kad Pengenalan ibu/penjaga.
  7. Salinan Kad Pengenalan bapa/penjaga.

Maklumat Lanjut Bantuan Pengajian Sarjana Muda Pelajar India B40 2023

Untuk maklumat lanjut Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda ini, layari pautan garis panduan permohonan iaitu https://drive.google.com/file/d/1Inwra7ngApPkuw5bsFYF_NKnBqjImz7i/view?fbclid=IwAR1rq-ZpN2qpU1N4ULaPtdnHt0PWc2hpel3uiGnt74Jvw0-3l2oBk9Ad05U

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: