Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme 2025

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak Autisme, permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme 2025 telah dibuka.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai subsidi yuran pembelajaran ini.

Mengenai Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme

Dalam Belanjawan 2025, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menerima peruntukan di Bawah subsidi yuran pembelajaran ini kepada 30,000 kanak-kanak.

Pemberian Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak ini bagi mengurangkan beban ibu bapa mempunyai anak Autisme yang akan dan sedang mengikuti pembelajaran di Pusat Pembelajaran Autisme/Terapi bertauliah.

Pusat Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme/Terapi bertauliah merupakan pusat yang menyediakan khidmat pembelajaran dan terapi Autisme oleh Pengendali yang mempunyai kepakaran dan Latihan bagi kanak-kanak Autisme.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 FEBRUARI SEHINGGA 28 FEBRUARI 2025.

Kadar Pemberian Subsidi

Kadar maksimum subsidi yuran pembelajaran kanak-kanak autisme adalah sebanyak RM500.00 bagi seorang kanak-kanak yang layak.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pemberian subsidi ini adalah seperti berikut:

i- Kanak-Kanak

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur di bawah 18 tahun
  3. Mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  4. Mengikuti terapi atau Program Intervensi Awal (EIP) atau terapi di pusat pembelajaran autisme yang berdaftar dengan agensi kerajaan/swasta/Badan Berkanun

ii- Ibu Bapa

  1. Ibu/bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia;
  2. Penjaga merupakan:
    – Ibu/ bapa angkat yang sah dan berdaftar dibawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) &Akta Pengangkatan 1952; atau
    – Individu atau pasangan yang diberikan perintahmahkamah yang mengesahkan hak penjagaan; atau
    – kebenaran oleh pelindung (pemberitahuan tentang pengambilan kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan di bawah seksyen 35, akta kanak-kanak 2001).
  3. Pendapatan perkapita keluarga adalah tidak melebihi RM 2000.00 sebulan dan cara pengiraan adalah seperti berikut:

iii- Pusat Pembelajaran Autisme

  1. Pengusaha adalah warganegara Malaysia
  2. Berdaftar dengan agensi kerajaan/swasta/BadanBerkanun yang bertauliah.
  3. Memberikan perkhidmatan terapi atau ProgramIntervensi Awal (EIP) kepada kanak-kanak autisme
  4. Mempunyai nombor akaun yang aktif atas nama pusat pembelajaran autisme

Garis Panduan & Borang Permohonan

Garis panduan dan borang permohonan boleh didapati dalam file di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai perkara ini, sila layari pautan https://www.jkm.gov.my.

Baca juga: Bantuan Yuran Pendidikan Tadika Tahfiz Negeri Pahang 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: