Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM180 Sebulan

Dalam Belanjawan 2023, kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan kepada penjawat awam.

Ini bermakna, ibu bapa hanya akan membayar baki yuran taska anak-anak mereka setelah ditolak daripada jumlah subsidi yang diberikan iaitu RM180 sebulan.

Dalam pembentangan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan subsidi tersebut akan memberi manfaat kepada semua penjawat awam.

Syarat Permohonan Yuran Taska Penjawat Awam

Syarat permohonan untuk mendapatkan subsidi ini adalah seperti berikut:

  1. Kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai tidak melebihi RM7,000.00 sebulan.
  2. Pemberian subsidi ini layak diberi kepada anak yang berumur di bawah 4 tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.
  3. Bagi tahun kalendar di mana umur anak genap 4 tahun, subsidi yuran pengasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar. Sebagai contoh, jika tarikh lahir anak ialah pada 24 Oktober 2013, maka pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini adalah sehingga 31 Disember 2017.
  4. Kadar subsidi yang layak diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum RM180.00 sebulan bagi seorang anak. Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat.

Tatacara Permohonan

Permohonan perlu dibuat kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai berkhidmat.

Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan di mana
pegawai itu berkhidmat dengan dikepilkan bersama:

  1. Salinan penyata gaji.
  2. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak.
  3. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara.
  4. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri.
  5. Salinan penyata gaji suami/isteri. Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai subsidi yuran taska penjawat awam di dalam Belanjawan 2023, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: