Belanjawan 2024: Sumbangan Asas Rahmah (SARa) RM1,200
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) akan diteruskan pada tahun 2024.
SARa merupakan sumbangan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar dalam bentuk bakul makanan/baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
Pemberian sumbangan ini bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data eKasih.
Pemberian bantuan ini juga telah ditingkatkan daripada 200,000 pada 2023 kepada 700,000 penerima pada tahun 2024.
Mengenai eKasih
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin dan miskin tegar yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Sistem ini merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data-data di dalam sistem ini digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Syarat Penerima SARa
Syarat penerima sumbangan ini pada tahun 2024 mestilah dikategorikan seperti:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
PGK miskin tegar boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
Amaun Bayaran
Untuk tahun 2024, kerajaan juga memutuskan untuk memanjangkan tempoh bayaran iaitu RM100 sebulan bagi tempoh 12 bulan berbanding hanya enam bulan sebelum ini.
Ini bermakna, setiap penerima akan menerima RM1,200 setahun.
Semakan Status Penerima Sumbangan Asas Rahmah
Semakan status penerima boleh dirujuk melalui cara-cara di bawah:
- Layari portal semakan MyKasih iaitu: https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-).
- Kemudian sila masukkan captcha berdasarkan nombor dan angka yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
- Semakan status penerima dipaparkan.
Kaedah Penyaluran Sumbangan
Untuk kaedah penyaluran sumbangan, pihak Kementerian Kewangan akan memperincikan kaedah penyaluran sumbangan yang akan dibuat.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2024, sila layari laman web https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.