Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor LZS 2022

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah membuka permohonan kepada murid-murid dalam golongan B40 dan M40 untuk memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor.

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor diberikan kepada murid-murid daripada keluarga B40 dan M40 di Negeri Selangor sama ada ada sekolah rendah dan menengah.

Untuk makluman, sumbangan pendidikan ini adalah di bawah peruntukan asnaf Fisabilillah.

Ibu bapa dalam kategori ini dan ingin membuat permohonan, sila buat permohonan segera sebelum 3 Disember 2022 atau sehingga bajet habis.

Kadar Sumbangan

Kadar sumbangan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah seperti berikut:

  • Pra sekolah/Tadika: RM200.00 (per tanggungan)
  • Sekolah Rendah Kebangsaan: RM200.00 (per tanggungan)
  • Sekolah Rendah Agama: RM200.00 (per tanggungan)
  • Sekolah Menengah: RM200.00 (per tanggungan)
  • IPT luar negara: RM700.00
  • IPT luar negara: RM1,000.00 hingga RM2,500.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon sumbangan ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Ketua keluarga/penjaga lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun.
  4. Permohonan hanya untuk pelajar pra sekolah/tadika (5 dan 6 tahun) hingga tingkatan 5; atau
  5. Peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi/Pra Diploma/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional dan Ijazah Sarjana (dalam negara) layak memohon; atau
  6. Peringkat pengajian Sijil (Pengajian Islam)/Sijil Professional/dan Ijazah Sarjana (luar negara) layak memohon.
  7. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.00.

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, setiap permohonan boleh dibuat menerusi laman web http://www.zakatselangor.com.my/spzas.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selngor, sila layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/spzas/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: