SYABAS 3.0: Skim Jaya Usahawan Belia Sabah

Belia di negeri Sabah yang ingin terlibat dalam bidang keusahawanan, mereka adalah dialu-alukan untuk memohon Program Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) 3.0.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim usahawan ini.
Mengenai SYABAS
Program Skim Jaya Usahawan Belia atau SYABAS merupakan sebuah program Kerajaan Negeri Sabah di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) bagi membantu belia yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan di Sabah.
Program ini menyediakan kemudahan kewangan dan latihan kepada para usahawan belia negeri Sabah.
Objektif utama program ini adalah untuk membantu belia yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan.

Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 5 Ogos sehingga 31 Ogos 2025.
Kategori Penerima
Kategori penerima yang akan menerima skim ini adalah seperti berikut:
i- Memulakan Perniagaan
- Kategori Perkhidmatan: RM3,000-RM8,000
- Kategori Produk: RM5,000-RM10,000
ii- Meningkatkan Produktiviti Perniagaan
- Kategori Perkhidmatan: RM1,000-RM5,000
- Kategori Produk: RM1,000-RM5,000
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia, berasal dari Negeri Sabah yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun. (Menjalankan Perniagaan di Sabah).
- Individu atau berkumpulan yang baharu memulakan perniagaan dan meningkatkan produktiviti sedia ada.
- Mengemukakan Lesen Perniagaan bagi individu/kumpulan yang ingin meningkatkan produktiviti sedia ada.
- Mengemukakan Rancangan Perniagaan (RP).
- Maklumat dan dokumen permohonan yang diperlukan:
– Lesen perniagaan (mana-mana lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri) (Jika ada)
– Salinan kad pengenalan (disah benar)
– Gambar premis perniagaan (sekiranya ada)
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/KiE64VR24czkBKED7.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Penting
Pemohon yang layak sahaja akan dihubungi dan sekiranya permohonan anda tidak mendapat maklum balas dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan dihantar, status permohonan anda tidak berjaya.
Pihak Kerajaan berhak untuk menjalankan apa-apa juga pemeriksaan lanjut mengenai latarbelakang serta premis perniagaan pemohon yang tiada dinyatakan dalam borang ini.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai skim ini, sila hubungi urusetia SYABAS 3.0 di talian 010-9261309.
Baca juga: E-Prasekolah KPM: Semakan Permohonan & Rayuan 2026



