TTNP 2023: Permohonan Tadika Tahfiz Negeri Pahang

Ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak berusia 4 tahun hingga 6 tahun di tadika tahfiz, permohonan Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) bagi sesi 2023 telah dibuka.

TTNP merupakan tadika tahfiz yang menawarkan pendidikan pra sekolah daripada umur 4 tahun hingga 6 tahun yang diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Pahang.

Menariknya, tadika ini menawarkan kurikulum tahfiz dan membaca Al-Quran selain kemahiran asas lain seperti membaca, menulis, dan mengira.

Bagi ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian dengan segera.

Kelebihan Yang Diperoleh

Anak-anak yang memasuki tadika tahfiz ini akan mendapat kelebihan berikut:

  • Hafazan Juzu’ 30 (Juzu’ Amma).
  • Kemahiran Membaca Al-Quran.
  • Kemahiran 6M (Menghafaz, Mengaji, Membaca, Menulis, Mengira & Menaakul).
  • Kemahiran komunikasi (belajar & bermain).
  • Kemahiran pengurusan diri (budaya tadika Jepun).
  • Anak-Anak yang Berpotensi akan Dipilih Menyertai Program Huffaz Cilik Professional (HCP) Hafazan 3 Juzu’.
  • Program Khas Komunikasi Bahasa Inggeris.

Lokasi TTNP

Lokasi tadika tahfiz ini di seluruh negeri Pahang pada tahun 2023 adalah seperti berikut:

  • TTNP Pulau Serai, Pekan
  • TTNP Tanjung Lumpur, Kuantan
  • TTNP Indera Mahkota, Kuantan (Taman Shahzan)
  • TTNP Temerloh Jaya, Temerloh (Taman Pinggiran Temerloh Damai)
  • TTNP Taman Sentosa, Raub (Taman Amalina Saujana)
  • TTNP Tempoyang, Kuala Lipis (Petron Tempoyang)
  • TTNP Kota SAS, Kuantan (Presint 1)
  • TTNP Bandar Kuantan (Seberang Petronas Darat Makbar)
  • TTNP Balok
  • TTNP Kerdau, Temerloh
  • TTNP Jengka (Bandar Pusat Jengka)
  • TTNP Jerantut (Bandar Jerantut)
  • TTNP Indera Mahkota 14
  • TTNP Jalan Gambang Batu 9
  • TTNP Rompin
  • TTNP Muadzam Shah
  • TTNP Bera
  • TTNP Seberang Temerloh
  • TTNP Bentong
  • TTNP Cameron Highlands

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara berikut:

  1. Layari laman web https://tadikatahfiz.my/
  2. Klik bahagian “Daftar TTNP.”
  3. Plih cawangan dan klik “Daftar.”
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Klik butang “Hantar” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Tadika Tahfiz Negeri Pahang, sila layari laman web https://tadikatahfiz.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: