Tajaan Pengajian Peringkat Sijil & Diploma Pelajar B40 Ke Kolej FELCRA

Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada golongan B40 dan ingin melanjutkan pengajian, Kolej FELCRA menawarkan tajaan untuk menyambung pengajian di institusi terbabit.

Tajaan ini melibatkan yuran percuma yang bakal dinikmati oleh para pelajar yang layak dan tertakluk kepada kouta yang disediakan.

Kolej FELCRA adalah institusi pendidikan yang ditubuhkan pada 25 Mei 2012 di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh FELCRA BERHAD. 

Penubuhan kolej ini adalah untuk memberi peluang serta menyediakan tempat untuk anak-anak warga FELCRA Berhad khususnya dan masyarakat Luar Bandar amnya untuk mendapatkan latihan dan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma.

Lokasi Kolej

Lokasi kolej ini adalah terletak di Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.

Bidang Yang Ditawarkan

Bidang yang ditawarkan bagi pengajian di kolej ini adalah seperti berikut:

  • Diploma Pengurusan Pasca-Tuai
  • Diploma Teknologi Pertanian
  • Diploma Pengurusan Sumber Manusia
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Diploma Pengurusan Amalan Halal
  • Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pra Diploma Perdagangan UiTM
  • Diploma Pengurusan Ladang UiTM
  • Diploma Pengajian Perniagaan UiTM

Syarat Umum

Syarat umum kemasukan ke kolej ini adalah seperti berikut:

i) Program Sijil

  1. Memperoleh sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.
  2. Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

ii) Program Diploma

  1. Memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.
  2. Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/xXG6TixEzSWu34Ay9.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Kolej FELCRA, sila layari laman web https://www.kolejfelcra.edu.my/ atau menghubungi:

  • Jabatan Pemasaran: 05-6551575
  • Anuar: 019-5046086
  • Umairah: 010-3956486
  • Intan: 013-4619845
  • Fadhil: 010-3856875
  • Hidayah: 012-4918925
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: