Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah

Pelajar peringkat Sijil/Diploma atau Ijazah Sarjana Muda daripada Negeri Sabah yang ingin memohon tajaan dermasiswa/biasiswa/pinjaman pengajian tinggi dialu-alukan memohon Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah.

Untuk makluman, Yayasan Sabah merupakan yayasan yang ditubuhkan melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966.

Salah satu objektif penubuhan yayasan ini adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah menerusi Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah.

Oleh itu, para pelajar yang berminat untuk membuat permohonan tajaan ini boleh membuat permohonan sebelum 5 Mei 2022.

Jenis Tajaan

Jenis tajaan yang ditawarkan menerusi Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi ini adalah seperti berikut:

i) Biasiswa

Jenis BiasiswaPeringkat PengajianTempat Pengajian
Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian
Islam
Diploma/Ijazah Sarjana MudaInstitusi Pengajian Tinggi Tempatan/Program Berkembar (TTP) ASEAN/Timur Tengah
Biasiswa Ulum IslamiyahIjazah Sarjana MudaUniversiti Al-Azhar Mesir
Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)Asasi KeujuteraanKolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS)/Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang
Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)Ijazah Sarjana MudaUniversiti Malaysia Pahang
Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-KanakDiplomaKolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS)
Biasiswa IPTA/IPTS
(Pertanian, Veterinar, Perakaunan, Senibina, Jurukur Bahan, Keusahawanan, Pergigian)
DiplomaIPT Tempatan
Biasiswa Pelancongan/PerhotelanDiploma/Ijazah Sarjana MudaUniversity College Sabah Foundation (UCSF)

ii) Dermasiswa

Jenis BiasiswaPeringkat PengajianTempat Pengajian
Dermasiswa KYTSSijil Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS)

iii) Pinjaman Pengajian

Pinjaman pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Biasiswa/Dermasiswa.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah; atau
  2. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal daripada Negeri Sabah; atau
  3. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di Negeri Sabah.
  4. Keutamaan diberikan mereka yang berasal dan menetap di Negeri Sabah.

Syarat Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan akademik yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

i) Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiyah

  • Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.

ii) Biasiswa Kejuruteraan

  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan Matrikulasi/Asasi.

iii) Biasiswa IPTA/IPTS/Pelancongan/Perhotelan/Kursus Asas Kejuruteraan dan Pinjaman Pengajian

  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

iv) Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KTYS)

  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

v) Dermasiswa KTYS

  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.

Tatacara Permohonan

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web permohonan di pautan https://ysedu-online.net.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Akaun’ dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Daftar’ selepas semua maklumat diisi.
  4. Semak email untuk mendapatkan ID dan kata laluan yang akan diberikan.
  5. Klik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.
  6. Log masuk menerusi ID dan kata laluan.
  7. Lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang diberikan.

Jika pemohon tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 30 Jun 2022, permohonan pemohon dianggap tidak berjaya.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah ini sila hubungi Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088-326402/326385/326390/326392/326393/326395/326396/326397/326399/326603/434195 atau email ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *