FELDA melalui Yayasan Felda menawarkan tajaan kepada pelajar lepasan SPM 2022 khusus kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA, dan anak petugas Kumpulan FELDA iaitu Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA menerusi Program Global Digital Leadership dengan kerjasama Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).
Program ini merupakan tajaan pelajar cemerlang kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA , dan anak petugas Kumpulan FELDA untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.
Untuk makluman, program ini adalah cetusan dan ilham Pengerusi FELDA bagi melahirkan insan berkepimpinan pendigitalan global kearah ‘Greater of the Future’.
Bagi pengambilan Jun 2023, permohonan boleh dibuat secara atas talian dan tarikh tutup permohonan ini adalah selepas 14 hari keputusan SPM diumumkan.
Perincian Tawaran
Menerusi program ini, pelajar akan ditawarkan dengan tawaran berikut:
- Tawaran tajaan peringkat Foundation dan Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).
- Elaun sara hidup sepanjang pengajian.
- Kemudahan penginapan.
- Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme.
- Neuro Linguistic Programming (NLP).
- Pensijilan IR4.0.
Program Pengajian
Program pengajian yang ditawarkan di bawah tajaan penuh FELDA adalah seperti berikut:
- Bahasa Antarabangsa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea): Tempoh Pengajian- 3 Bulan
- Foundation (Computing & Technology): Tempoh Pengajian-12 Bulan
- Ijazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology): Tempoh Pengajian- 36 Bulan
Bidang Pengkhususan seperti Cyber Security, Big Data, loT, FinTech, Computer Games Development, Multimedia VP/AR, Computer Science, Intelligent Systems, Software Engineering dan seumpamanya. - Pensijilan IR 4.0: Tempoh Pengajian- 10 Hari
APU Certified Java Developer, APU Certified Cybersecurity Engineer, APU Certified Data Engineer, APU Certified Data Cloud Practitioner, APU Certified Network Administrator, APU Certified Animator, APU Certified Digital Marketing Specialist. - Program Neuro Linguistik (FELDA)
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:
- Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021.
- Merupakan Anak Peneroka/Generasi Baharu FELDA/anak petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.
- Pemohon merupakan lepasan SPM 2021.
- Pemohon mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat, berkeupayaan berpasukan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.
- Pemohon mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.
Cara Memohon
Permohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web permohonan iaitu
– Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA: https://tinyurl.com/4ms6kp4k
– Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA: https://tinyurl.com/4k2ue9f5 - Isi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai DGL, sila hubungi:
- Farah Nadirah (Bahagian Akademik Yayasan FELDA): 03-2693 4224 [email protected]
- Shahrul (Bahagian Pendidikan FELDA): 03-2191 2084 [email protected]