Permohonan Tajaan Pendidikan Huffaz Profesional

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam menawarkan Tajaan Pendidikan Huffaz Profesional universiti dalam negara khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) milik penuh kerajaan Negeri Selangor.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai tajaan ini.

Syarat Am

Syarat am untuk memohon tajaan program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri dari rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    – Pemohon, ibu bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
    – Pemohon, ibu bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    – Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000.00 sebulan.

Syarat Akademik

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik iaitu:

  1. Terbuka kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.
  2. Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya Cemerlang Tinggi (A) bagi tujuh (7) mata pelajaran dalam SPM.
  3. Sekurang-kurangnya Kepujian Tinggi (B) bagi mata pelajaran selebihnya.
  4. Pemohon telah menghafal 30 Juzuk dan memperolehi Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ).
  5. Telah mendapat tempat atau tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dalam program Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Permohonan melalui dalam talian https://pendidikan.jais.gov.my/huffazprofesional pada 5 Jun 2025 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2025 (Ahad) Jam 12.00 Tengah Hari.

Pemohon yang telah berjaya akan dihubungi untuk temuduga dan sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai tajaan ini, sila layari laman web https://pendidikan.jais.gov.my/huffazprofesional.

Baca juga: Biasiswa & Bantuan Kewangan 2025 Pelajar UA Yayasan Kuok

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: