Permohonan Tajaan Pendidikan LZNK Kategori Universiti Awam 2021

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengalu-alukan anak-anak Negeri Kedah yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam dalam negara untuk memohon Tajaan Pendidikan LZNK.

Tajaan Pendidikan LZNK merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakkan mengikut syarat dan jumlah kuota ditetapkan.

Bagi sesi kemasukan tahun 2021/22, kouta tajaan yang ditawarkan adalah seramai 30 orang bagi pelajar Tahun 1.

Tawaran tajaan ini adalah dibawah asnaf Asnaf Fisabilillah yang mana sumber kewangan adalah hasil kutipan zakat Negeri Kedah dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak.

Pemohon yang berminat untuk mendapatkan tajaan ini boleh membuat permohonan sebelum 30 November 2021.

Kadar Tajaan

Pelajar yang layak menerima tajaan ini bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda akan menerima tajaan sebanyak RM3,750.00 bagi satu semester.

Ini bermakna, mereka akan mendapat tajaan setahun sebanyak RM7,500.00.

Senarai Universiti Awam

Pemohon yang menyambung pengajian di Universiti Awam berikut layak untuk memohon iaitu:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

Syarat Umum

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun.
  3. Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin.
  4. Pemohonan adalah bagi semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/2022.
  2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.
  3. Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurangkurangnya Jayyid Jiddan bagi STAM.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Tajaan Pendidikan LZNK, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari portal permohonan iaitu http://biasiswa.zakatkedah.com.my/.
  2. Klik bahagian ‘Sila Daftar Di Sini’ dan isi maklumat yang diperlukan diikuti dengan klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Log masuk dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan.
  4. Isi profil maklumat permohon dengan lengkap dan muatnaik semua dokumen-dokumen berkaitan.
  5. Pilih tajaan yang ingin dipohon dan klik pada butang ‘Pohon.’
  6. Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang ‘Hantar Permohonan.’

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Gambar pemohon berukuran passport.
  3. Salinan kad pengenalan ibu/bapa atau penjaga.
  4. Salinan penyata gaji /pencen/pengesahan pendapatan.
  5. Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan ibu bapa.
  6. Salinan kelulusan pengajian (PT3/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah).
  7. Salinan surat tawaran atau pengesahan pengajian daripada IPT.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Tajaan Pendidikan LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan
Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04-7331740/013-4592071 atau menghantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: