Tajaan Zakat Kedah Sekolah Zakat Kedah & SAR Kedah 2023

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka tawaran Tajaan Zakat Kedah bagi pengajian Sekolah Zakat Kedah dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kedah bagi Tingkatan 1 sesi persekolahan 2023.

Sekolah Zakat Kedah merupakan sekolah yang berada di bawah LZNK dan diuruskan oleh Pertubuhan Maahad Dini Sultan Abdul Halim.

Manakala Sekolah Agama Rakyat Kedah pula merupakan sekolah yang ditadbir oleh Lembaga Tadbir Sekolah yang dipilih dan dilantik oleh Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.

Oleh itu, mereka yang berminat untuk mendapatkan tajaan pengajian ini boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 14 Januari 2023.

Lokasi Sekolah

Pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah di setiap daerah. 

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia (pelajar, ibu dan bapa, penjaga hendaklah warganegara Malaysia) dan beragama Islam.
  2. Anak negeri Kedah atau sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Umur 13 tahun pada tahun 2023.
  4. Keutamaan kepada Asnaf Miskin.
  5. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://my04.awfatech.com/maahaddini.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran Pelajar.’
  3. Pilih sekolah dan masukkan no kad pengenalan diikuiti dengan butang ‘Semakan.’
  4. Jika carian daftar nama tidak ditemui, klik butang ‘Daftar Di Sini.’
  5. Isi maklumat pada setiap paparan dan klik butang ‘Simpan dan seterusnya.’
  6. Lengkapkan permohonan sehingga tamat.
  7. Buat pengesahan untuk melengkapkan permohonan tersebut.

Ujian Temu Duga

Permohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah -UPPSZK) yang akan diadakan pada bulan Februari 2023.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Tajaan Pengajian Sekolah Zakat Kedah 2022, sila hubungi:

  • Bahagian Pendidikan Zakat Kedah: 04-7331740
  • Bahagian Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah: 013-4463071

Layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/ untuk info lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: