Tarikh Baharu Pembukaan Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022

Susulan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri di dalam negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan tarikh baharu pembukaan sesi persekolahan penggal 3 2021/2022.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, tindakan ini selepas bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberikan kesan kepada semua pihak sama ada para murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.

Selain itu, ini juga memberikan ruang kepada pihak sekolah untuk melakukan persiapan menghadapi sesi persekolahan selepas terdapat beberapa sekolah yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara PPS dan sekolah yang terjejas teruk akibat banjir tersebut.

Menurut Menteri Pendidikan lagi, tindakan ini menunjukkan keprihatinan KPM dengan kebajikan guru-guru, murid dan ibu bapa terutamanya mereka yang menghadapi situasi banjir tersebut.

Sesi Persekolahan Penggal 3

Dalam takwim persekolahan yang dikeluarkan oleh KPM sebelum penangguhan ini, sesi persekolahan penggal 3 akan bermula bagi tarikh berikut:

i) Kumpulan A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • Tarikh mula persekolahan: 2 Januari 2022

ii) Kumpulan B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  • Tarikh mula persekolahan: 03 Januari 2022

Tarikh Baharu Sesi Persekolahan Penggal Ketiga

Tarikh baharu yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan selepas penangguhan ini dibuat adalah seperti berikut:

i) Kumpulan A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • Tarikh mula persekolahan: 9 Januari 2022

ii) Kumpulan B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  • Tarikh mula persekolahan: 10 Januari 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai sesi persekolahan penggal 3, sila ikuti laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://www.facebook.com/KemPendidikan atau laman web https://www.moe.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: