Tarikh Baharu Peperiksaan STPM 2021 Semester 2 & 3

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan tarikh peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan juga Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang baharu.

Untuk makluman, STPM ialah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia bagi Tingkatan 6.

Peperiksaan ini disediakan oleh MPM yang merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Menariknya, peperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga negara lain seperti Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia.

Kurikulum Peperiksaan

Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah bermula pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM tersebut.

Walau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.

Bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.

23 mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:

KodMata Pelajaran
900Pengajian Am
910Bahasa Melayu
911Bahasa Cina
912Bahasa Tamil
913Bahasa Arab
920Literature in English
922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
930Syariah
931Usuluddin
940Sejarah
942Geografi
944Ekonomi
946Pengajian Perniagaan
948Perakaunan
950Mathematics (M)
954Mathematics (T)
958Information and Communications Technology (ICT) 
960Physics
962Chemistry
964Biology
966Sains Sukan
970Seni Visual
932Tahfiz Al-Quran

Perubahan Tarikh Peperiksaan

Mengikut tarikh asal, peperiksaan Semester 3 STPM 2021 ialah 18, 19, 24, 25 dan 26 Mei 2022, manakala Ulangan Semester 2 STPM 2021 pada 13, 14, 15 dan 16 Jun 2022.

Namun tarikh baharu yang diumumkan bagi peperiksaan Semester 3 STPM 2021 adalah pada 25, 26 Mei dan 13, 14 serta 15 Jun ini, manakala Ulangan Semester 2 STPM 2021 pada 16, 20, 21 dan 22 Jun ini.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai jadual waktu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan jadual waktu peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei lalu boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel [email protected] atau telefon di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: