Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan senarai tarikh bayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2023.
Untuk makluman, JANM telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
Antara fungsi jabatan ini adalah:
- Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum.
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
- Memastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan.
- Mewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.
- Menguruskan dana dan aliran tunai kerajaan.
- Menguruskan skim perkhidmatan perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan ANM.
- Menguruskan perkhidmatan perakaunan kerajaan.
- Membangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam.
- Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Sumber : https://www.anm.gov.my/perkhidmatan/pembayaran-gaji
Tarikh Pembayaran Gaji 2023
Pelaksanaan tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam tahun 2023 ini adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.
Senarai tarikh pembayaran gaji seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
Januari | 17.1.2023 | Selasa | Tahun Baru Cina 22 dan 23 Januari 2023 (Ahad dan Isnin) |
Februari | 24.2.2023 | Jumaat | |
Mac | 24.3.2023 | Jumaat | |
April | 17.4.2023 (*Diawalkan ke 14.4.2023) | Isnin | Hari Raya Puasa 22 dan 23 April 2023 (Sabtu dan Ahad) |
Mei | 25.5.2023 (*Diawalkan kepada 19.5.2023) | Khamis | Hari Pesta Kaamatan 30 dan 31 Mei 2023 (Selasa dan Rabu) |
Jun | 23.6.2023 | Jumaat | Hari Gawai 1 dan 2 Jun 2022 (Rabu dan Khamis) Hari Raya Haji 29 dan 30 Jun 2023 (Khamis dan Jumaat) |
Julai | 25.7.2023 | Selasa | |
Ogos | 25.8.2023 | Jumaat | |
September | 25.9.2023 | Isnin | |
Oktober | 25.10.2023 | Rabu | |
November | 24.11.2023 | Jumaat | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
Disember | 19.12.2023 | Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin) |
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai tarikh bayaran gaji tahun 2023, sila hubungi talian 03-8882 1624/1612/1622/1611 atau menghantar email ke alamat [email protected].