Tarikh Persekolahan Bersemuka Tanpa Penggiliran Sekolah Rendah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh murid-murid di Sekolah Rendah akan menjalani sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran tidak lama lagi.

Sebelum ini, pembelajaran murid-murid di sekolah rendah secara bersemuka dibuat secara penggiliran iaitu mengikut kategori negeri iaitu negeri Kumpulan A dan Kumpulan B.

Keputusan bagi pelaksanaan kehadiran murid sekolah rendah secara bersemuka ini adalah dengan mengambil kira kelancaran pengoperasian sekolah rendah secara bersemuka serta pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh itu, KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua sekolah rendah yang tidak berdaftar dengan KPM.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan sesi persekolahan murid sekolah rendah secara bersemuka tanpa penggiliran bagi negeri Kumpulan A adalah mulai 17 April 2022.

Bagi sekolah rendah di negeri Kumpulan B, pelaksanaan sesi persekolahan murid sekolah rendah secara bersemuka pula adalah mulai 18 April 2022.

Ketetapan ini adalah terpakai kepada semua murid sekolah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM.

Kategori Negeri

Pelaksanaan sesi pembelajaran di sekolah rendah secara bersemuka ini adalah mengikut kategori negeri berikut:

i) Negeri Kategori A

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

ii) Negeri Kategori B

  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai tarikh persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran untuk sekolah rendah, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: