Tarikh Persekolahan Penggal 3 & Kalendar Akademik 2022/2023

persekolahan-penggal-3

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim bagi sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 dan juga kalendar akademik 2022/2023.

Sesi persekolahan pada tahun 2021 mengalami sedikit perubahan akibat penutupan sesi persekolahan secara bersemuka disebabkan penularan COVID-19 di seluruh negara.

Oleh itu, sesi persekolahan yang sepatutnya berakhir pada bulan Disember 2021 pada tahun ini terpaksa dianjakkan kepada bulan Mac tahun 2022.

Ini menyebabkan sesi persekolahan baharu akan bermula pada Mac berbanding bulan Januari seperti tahun sebelumnya.

Negeri Kumpulan

Penentuan tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik dibahagikan mengikut 2 negeri kumpulan iaitu:

i) Negeri Kumpulan A

  • Terengganu
  • Kelantan
  • Johor
  • Kedah

ii) Negeri Kumpulan B

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh Sesi Persekolahan Penggal 3

Sesi persekolahan bagi penggal 3 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 22 Mac 2022 di negeri kumpulan A.

Tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu boleh dirujuk melalui butiran di bawah:

Untuk negeri kumpulan B pula, tarikh sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 seperti yang ditetapkan adalah pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022.

Perincian tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu bagi negeri kumpulan B boleh dirujuk melalui gambar di bawah:

Kalendar Akademik 2022/2023

Untuk kalendar akademik 2022/2023, sesi persekolahan akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2021 bagi negeri kumpulan A.

Selain itu, bagi negeri kumpulan B pula, sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2022/2023 bermula pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.

Butiran bagi kalendar akademik 2022/2021 mengikut negeri kumpulan dirujuk melalui gambar di bawah:

Cuti Perayaan

Selain itu, KPM juga memaklumkan terdapat juga penambahan cuti perayaan yang telah diperuntukkan.

Cuti perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti ini adalah:

  • Tahun Baru Cina 2022
  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Gawai Dayak
  • Hari Deepavali
  • Tahun Baru Cina 2023

Butiran penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai sesi persekolahan penggal 3 2021/2022 serta kalendar akademik 2022/2023, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/takwim.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
myupsi-portal

Login MyUPSI Portal: Pendaftaran Kursus & Semakan Peperiksan Pelajar

Next Post
e-baki-mara

Login e-Baki MARA: Semak Baki Pinjaman Pelajaran MARA

Related Posts