Tarikh Ujian Bertutur & Mendengar (BM & BI) Serta Amali Sains SPM 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh ujian bertutur dan mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta amali Sains bagi murid yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021.
Untuk makluman, ujian bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan amali Sains merupakan ujian yang wajib diambil oleh murid yang mengambil SPM pada tahun semasa.
Ujian ini dilakukan bagi mengukur tahap pertuturan murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri serta kefahaman mereka dalam mata pelajaran Sains menerusi ujian amali.
Oleh itu, murid yang mengambil ujian ini diharap dapayt merujuk jadual ujian bertutur dan mendengar serta amali Sains yang telah dikeluarkan KPM.
Tarikh Ujian
Tarikh ujian bertutur dan mendengar serta amali Sains yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah seperti berikut:
Ujian | Tarikh Ujian |
Ujian Bertutur (Bahasa Melayu) | 08, 09, dan 10 Februari 2022 |
Ujian Bertutur (Bahasa Inggeris) | 22, 23, dan 24 Februari 2022 |
Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) | 21 Februari 2022 |
Ujian Amali Sains: Fizik Kimia Biologi | 15 Februari 2022 |
Ujian Amali Sains (Sains Tambahan) | 17 Februari 2022 |
Pusat Peperiksaan
Sebanyak 3,382 buah pusat peperiksaan bagi ujian bertutur dan ujian mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta ujian amali Sains peperiksaan SPM 2021 disediakan di
seluruh negara.
Bgai memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian ujian tersebut, seramai 50,514 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan pada tahun ini.
Dokuman Yang Perlu Dibawa
Murid yang bakal menduduki ujian ini wajib membawa dokumen berikut semasa hari ujian:
- Dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan).
- Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan .
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tarikh ujian bertutur dan mendengar serta amali ini, sila layari laman web di pautan http://lp.moe.gov.my/.