Tarikh UPKK 2023: Ujian Penilaian Kelas Al-Quran & Fardhu Ain
Untuk pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) tahun 2023, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan takwim atau tarikh UPKK untuk dilaksanakan di seluruh negara.
UPKK merupakan penilaian tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Peperiksaan ini adalah bersijil dan diuruskan oleh JAKIM dengan pelaksanaanya akan dilakukan di sekolah.
Oleh itu, semua pihak yang terlibat termasuk ibu bapa/penjaga dimohon merujuk kepada tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa.
Mengenai UPKK
UPKK adalah salah satu bentuk ujian yang akan diduduki oleh murid Tahun 5 Sekolah Agama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
Ujian ini bertujuan menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian agama.
Bidang-bidang yang dinilai dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Al-Quran
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Penghayatan Cara Hidup Islam
- Amali Solat
Bentuk penilaian peperiksaan ini adalah seperti berikut:
i) Bentuk Lisan
- Al-Quran
ii) Bentuk Amali
- Amali Solat
iii) Bentuk Lisan & Pemerhatian
- Penghayatan Cara Hidup Islam
iv) Bentuk Penulisan
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
Gred & Skala
Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut:
Gred | Keterangan | Skala |
2A | Tahap Cemerlang | 80-100 |
3B | Tahap Baik | 60-79 |
4C | Tahap Memuaskan | 40-59 |
5D | Tahap Kurang Memuaskan | 01-39 |
Tarikh UPKK 2023
Tarikh pelaksanaan UPPK tahun 2023 boleh dirujuk melalui gambar di bawah:
Info Lanjut Tarikh UPKK 2023
Info lanjut mengenai tarikh UPKK 2023, sila layari laman web https://simpeni.islam.gov.my/.
Baca juga: