Tawaran Perkhidmatan Pengendalian TASKA KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka tawaran kepada pihak yang berminat untuk melaksanakan perkhidmatan pengendalian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di KPM.
Tawaran ini dibuka kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Bagi pihak yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 31 Oktober 2022, iaitu sebelum 12 tengah hari (Isnin).
Lokasi TASKA
Lokasi TASKA yang ditawarkan adalah di Aras 3, Blok E12, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kompleks E, 62604 Putrajaya.
Tarikh Lawatan Tapak
Untuk makluman, tarikh lawatan tapak TASKA ini adalah pada 5 Oktober 2022, iaitu pada hari Rabu jam 3.00 petang.
Tatacara Permohonan
Bagi pengusaha yang berminat, mereka dikehendaki mengemukakan dokumen Profil Syarikat yang mengandungi maklumat berikut:
- Latar belakang TASKA.
- Latar belakang pendidikan majikan dan pekerja TASKA.
- Sijil-sijil pendaftaran TASKA daripada JKM, SSM / ROS.
- Sijil menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM dan maklumat suntikan Typhoid untuk pengendali makanan.
- Mengemukakan modul aktiviti dan pembelajaran termasuk jadual aktiviti harian dan makan minum kanak-kanak.
Setiap dokumen tersebut perlu dihantar ke alamat:
Urus Setia Jawatankuasa Pemilihan TASKA KPM,
Unit Pentadbiran,
Cawangan Pentadbiran dan Kewangan,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Aras 8, Blok E8, Kompleks E,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
62604 Putrajaya.
Pertanyaan Lanjut
Maklumat lanjut, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.
Sebarang pertanyaan dan borang berhubung tawaran perkhidmatan TASKA KPM, sila hubungi:
- Puan Nurul Akmar Rasli- 03-8884 6191
- Puan Maria Ab Rahman- 03-8884 6062
- Puan Nadhirah Abd Latiff- 03-8884 6095