Panduan & Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri JAKIM 2025

Untuk umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2025 telah disediakan oleh pihak JAKIM.

Berikut merupakan panduan bagi mengerjakan khutbah bagi solat sunat aidilfitri ini.

Maksud Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.

Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, merupakan hari raya bagi kesucian manusia.

Ia juga disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita dan kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia khususnya.

Umat Islam seharusnya menyambut hari raya ini dengan memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT di samping memenuhi masjid-masjid pada malam dan pagi hari raya dengan memuji Allah SWT dan bermaaf-maafan mengakui salah silap dan kelemahan diri.

Selain itu, mereka juga dituntut menziarahi bagi meraikan golongan fakir miskin dan muallaf pada hari tersebut.

Hukum Khutbah Hari Raya Aidilfitri

Hukum membacakan khutbah bagi solat sunat Aidilfitri secara berjemaah adalah sunat.

Imam Al-Khatib Al-Syarbini berkata maksudnya: “Dan dibacakan khutbah selepas keduanya (iaitu setelah dua rakaat solat hari raya) sebanyak dua khutbah bagi (solat hari raya yang dilakukan) secara berjemaah dan tidak (perlu berkhutbah) bagi yang melakukannya secara bersendirian. (Khutbah ini) adalah sama seperti dua khutbah Jumaat pada rukun-rukun (khutbah) dan juga sunatnya, dan tidak pada syarat-syarat (khutbah Jumaat).”

Rukun Khutbah 

Terdapat 5 rukun khutbah iaitu:

  1. Memuji Allah SWT
  2. Selawat ke atas Nabi SAW
  3. Wasiat taqwa
  4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran
  5. Doa kepada orang beriman dalam khutbah kedua

Semua rukun-rukun khutbah tersebut mestilah dilakukan oleh khatib yang membaca khutbah.

Perkara Sunat Ketika Khutbah

Perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika khutbah adalah seperti berikut:

.i) Khatib

  • Khutbah di atas mimbar
  • Duduk diatas mimbar sebelum menyampaikan khutbah
  • Menghadap wajah ke hadapan tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri.
  • Memberi salam setelah naik ke atas mimbar
  • Menguatkan suara agar khutbah didengar oleh jemaah
  • Khutbah kedua lebih pendek daripada khutbah pertama.
  • Memegang tongkat dengan tangan kiri.

ii) Makmum

  • Mendengar khutbah yang di sampaikan dengan khusyuk
  • Melaksanakan solat sunat secara ringkas.

Muat Turun Teks Khutbah

Teks khutbah Aidilfitri 2025 daripada JAKIM ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

i) Edisi Rumi

ii) Edisi Jawi

Sumber: https://www.islam.gov.my/ms/e-khutbah/4673-teks-khutbah-aidilfitri-1446h-berdamai-dalam-dakapan-syawal

Baca juga: Muat Turun Poster Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: