Tema Hari Guru 2024 (Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tema Hari Guru 2024 adalah “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani.

Berikut merupakan maklumat dan info mengenai tema ini.

Mengenai Tema Hari Guru 2024

Tema ini dipilih dan diumumkan oleh KPM pada 9 Mac 2024 selepas cadangan mengenai tema ini dibuka sehingga 15 Disember 2023 yang lalu.

Untuk pengetahuan, Hari Guru adalah sambutan yang dilakukan pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru terutamanya di Malaysia.

Hari tersebut bukan hanya ditunggu-tunggu oleh para guru tetapi juga para murid dan pelajar dengan pelbagai program yang dijalankan.

Tarikh Sambutan Hari Guru 2024

Tarikh sambutan Hari Guru di Malaysia adalah pada 16 Mei pada setiap tahun.

Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana ini adalah haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran Negara.

Objektif Sambutan

Objektif sambutan Hari Guru di Malaysia dilakukan adalah untuk:

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema Sambutan Hari Guru 1972-2023

Tema sambutan Hari Guru yang disambut pada tahun-tahun sebelum ini adalah seperti berikut:

  • 1972 – Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  • 1973 – Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1974 – Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi
  • 1975 – Guru Dengan Pembangunan Negara
  • 1976 – Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
  • 1977 – Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1978 – Guru Pembentuk Generasi akan Datang
  • 1979 – Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1980 – Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1981 – Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1982 – Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1983 – Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1984 – Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1985 – Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1986 – Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1987 – Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1988 – Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1989 – Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1990 – Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1991 – Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1992 – Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1993 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1994 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1995 – Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1996 – Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1997 – Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1998 – Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1999 – Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 – Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 – Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 
  • 2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara 
  • 2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 
  • 2005 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 
  • 2006 – Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 
  • 2007 – Guru Penjana Modal Insan Gemilang 
  • 2008 – Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2010 – Guru Pembina Negara Bangsa 
  • 2011 – Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 
  • 2012 – Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 
  • 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
  • 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
  • 2023- Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai tema Hari Guru 2024, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: