Tesla Malaysia: Senarai Harga & Cara Membuat Tempahan

Rakyat Malaysia berpeluang untuk memiliki kereta Tesla Malaysia apabila senarai harga dan model telah diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Untuk makluman, Tesla ialah syarikat multinasional Amerika Syarikat (AS) yang beribu pejabat di Austin, Texas yang terbabit dalam bidang autommotif, kecerdasan buatan dan tenaga bersih.

Syarikat ini mereka bentuk dan mengeluarkan EV (kereta dan trak), simpanan tenaga bateri dari rumah ke skala grid, panel solar serta produk dan perkhidmatan berkaitan.

Tesla adalah salah satu syarikat paling bernilai di dunia dan setakat ini mempunyai lebih 120,000 pekerja di seluruh dunia.

Model Tesla Malaysia

Tesla Model Y hadir dalam tiga model atau variasi berbeza iaitu:

  • Model Y Rear-Wheel Drive
  • Model Y Long Range
  • Model Y Performance

Untuk melihat lebih dekat ketiga-tiga model ini, orang ramai boleh menyaksikannya di Pavilion KL sehingga 31 Oktober 2023.

Harga Yang Ditawarkan

Untuk harga kereta tersebut, senarai harga kereta mengikut model adalah seperti berikut:

  • Model Y Rear-Wheel Drive: Bermula RM199,000
  • Model Y Long Range: RM246,000
  • Model Y Performance: RM288,000

Untuk makluman, kesemua harga diatas Ini adalah untuk model-model dengan sistem Autopilot asas sahaja.

Untuk penambahan Enhanced Autopilot, pembeli perlu melakukan pembayaran tambahan sebanyak RM16,000, selain FSD pula memerlukan bayaran tambahan RM32,000. 

Penghantaran Tempahan Kereta

Semua tempahan yang dilakukan orang ramai akan mula dihantar kepada pembeli bermula awal 2024.

Tesla Supercharger

Tesla juga telah mengumumkan bakal membuka Tesla Supercharger sebanyak 8 buah di Pavilion Kuala Lumpur.

Selain di Pavilion Kuala Lumpur, Tesla juga akan membuka Tesla Supercharger secara berperingkat di kawasan-kawasan lain di seluruh negara.

Cara Membuat Tempahan

Untuk menempah kereta ini, pengguna boleh melakukannya hanya menerusi laman web Tesla sahaja!

Cara-cara tempahan kereta ini boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.tesla.com/en_MY/.
  2. Klik butang ‘Custom Order.’
  3. Pilih model, warna, rim, interior dalaman, dan lain-lain lagi.
  4. Klik butang ‘Continue to Payment.’
  5. Klik ‘Order with Card.’
  6. Masukkan alamat yang diperlukan.
  7. Klik butang ‘Place Order.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kereta Tesla Malaysia, sila layari laman web https://www.tesla.com/en_MY/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: