Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama menerusi Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) 2022.
Untuk makluman, TESP adalah pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada lepasan asasi/Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Diploma dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 28 Julai 2022 (Khamis) sehingga 4 Ogos 2022 (Khamis).
Bidang & Sub Bidang Pengajian
Bidang dan sub bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
IPT Layak Memohon
Pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT berikut layak untuk memohon
- Universiti Awam
- Goverment Linked University (GLU)
- Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
– Asia Pacific University of Technology & Innovation
– Asian Institute of Medicine, Science And Technology
– Berjaya University
– City University
– Help University
– Infrastructure University Kuala Lumpur
– International Medical University
– INTI International University
– KDU University College
– Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
– Lincoln University College
– Mahsa University
– Management & Science University
– Nilai University
– Perdana University
– Segi University
– Sunway University
– Tati University College
– Taylors University
– UCSI University
– Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
– University of Cyberjaya
– Curtin University Malaysia
– Monash University Malaysia
– Newcastle University Medicine Malaysia
– Swinburne University of Technology Sarawak Campus
– University of Nottingham Malaysia Campus
– Universiti Tun Abdul Razak
– Manipal International University
– Asia Metropolitan University
– Herriot-Watt University Malaysia
– Quest International University Perak
– Tunku Abdul Rahman University College
– Widad University College
– Linton University College
– Kpj Healthcare University College
– University College Bestari
– Kuala Lumpur Metropolitan University College
– University College of Technology Sarawak
– Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
– Penang International Dental College
Syarat Umum
Syarat umum yang ditetapkan oleh pihak MARA bagi pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
- Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga (kecuali pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian sahaja seperti berikut:
Kategori Kelayakan | Pendapatan Bulanan | Pendapatan Bercukai Tahunan |
Yuran dan Elaun Sara Hidup | RM12,000 dan ke bawah | RM150,000 dan ke bawah |
Yuran sahaja | RM12,001 – RM20,000 | RM150,001 – RM250,000 |
- Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
- Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
- Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
- Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
Syarat Akademik
Pemohohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:
i) Pelajar Baharu
- Pelajar mendapat CGPA 3.00 ke atas di peringkat Asasi/Matrikulasi/Persediaan/STPM/Diploma serta setaraf.
- Pelajar telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula Januari 2022.
ii) Pelajar Sedia Ada
- Pelajar mendapat CGPA 3.00 ke atas bagi semester terdahulu.
- Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
iii) Lain-Lain Syarat
- Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.
Tatacara Memohon
Permohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:
- Layari laman web iaitu https://myeduloan.mara.gov.my/.
- Klik butang “Daftar Sekarang.”
- Masukkan butiran yang diperlukan dan klik “Daftar Akaun.”
- Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
- Masukkan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Klik “Hantar permohonan.”
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai TESP 2022, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/.