Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka permohonan bagi pelajar lepasan asasi atau STPM dan Diploma yang ingin mendapatkan pinjaman bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama menerusi Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) 2023.
TESP ialah program penajaan berbentuk pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih.
Untuk mereka yang berminat, permohonan penajaan telah dibuka bermula 5 Mei 2023 (Jumaat) hingga 18 Mei 2023 (Khamis) secara atas talian.
Senarai Universiti Layak Memohon TESP MARA
Pelajar di universiti berikut layak untuk memohon iaitu:
Bidang Pengajian
Selain itu, bidang yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
Syarat Umum
Syarat umum yang ditetapkan oleh pihak MARA bagi penajaan ini adalah:
- Permohon ialah warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa adalah Bumiputera.
- Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
Kategori Kelayakan | Pendapatan Bulanan | Pendapatan Bulanan |
Yuran & Elaun Sara Hidup | RM12,000 dan ke bawah | RM150,000 dan ke bawah |
Yuran sahaja | RM12,001-RM20,000 | RM150,001-RM250,000 |
4. Ibu dan bapa/penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam oleh MARA.
5. Pemohon tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
6. Pemohon bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
7. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
Syarat Akademik
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan.
i) Pelajar Baharu
- Pemohon mendapat CGPA 3.00 ke atas di peringkat Asasi/Matrikulasi/Persediaan/STPM serta setaraf.
- Pemohon telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2022.
ii) Pelajar Sedia Ada
- Pemohon mendapat CGPA 3.00 dan ke atas bagi semester terdahulu.
- Pemohon mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
iii) Lain-Lain Syarat
- Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.
Cara Memohon TESP MARA
Permohonan penajaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari portal permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.
- Klik ‘Daftar Sekarang.’
- Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Hantar permohonan.’
Sila ambil perhatian bahawa Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai TESP, sila hantar email ke alamat berikut:
- [email protected] (bagi permohonan di IPTA)
- [email protected] (bagi permohonan di IPTS)
- [email protected] (bagi permohonan di GLU dan GMI)
- [email protected] (bagi permohonan di UniKL)
- [email protected] (bagi permohonan di UPTM/KPTM)
- [email protected] (bagi masalah teknikal semasa permohonan)