Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu bagi tahun 2023, permohonan kemasukan akan dibuka.
Untuk makluman, Sekolah Menengah Imtiaz telah ditubuhkan pada tahun 1999 di Besut hasil cetusan idea Dato’ Seri Idris Jusoh yang pada masa itu Timbalan Menteri Pembangunan dengan mengabungkan aliran Sains dan Agama (hafazan/dinniyah).
Sekolah ini kemudiannya diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan mula berkembang meliputi empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Yayasan Imtiyaz Dungun, Kuala Berang, Kuala Terengganu dan Kemaman dan kini berkembang kepada 8 buah sekolah di seluruh Terengganu.
Selain menggabungkan alisan Sains dan Agama, sekolah ini juga program khas tahfiz Mandarin bermula pada tahun 2020 iaitu di Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu Marang.
Senarai Sekolah
Senarai Sekolah Menengah Imtiyaz di seluruh Terengganu adalah seperti berikut:
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Besut
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Dungun
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Berang
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Terengganu
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kemaman
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Setiu
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Kuala Nerus
- Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu – Marang
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i) Sekolah Menengah Imtiyaz
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
– lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau
– lbu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu. - Pemohon wajib mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kemasukan lmtiaz serta sesi temu duga.
- Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang lulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan. penguasaan benasa serta personaliti (kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah. sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
- Bersetuju menerima Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.
ii) Program Khas Tahfiz Mandarin (Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu Marang)
- Pemohon meslilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
– lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau
– lbubapa telah bermastautin di T erengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan
mempunyai ntat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu. - Mengambil mata pelajaran Bahasa Cina – keutamaan diberikan kepada calon danpada SJK(C).
- Boleh membaca dan minat menghafaz AI-Quran.
- Pemohon WAJIB mengisi borang online dan WAJIB menduduki Ujlan Kemasukan lmtlaz serta sesi temu duga.
- Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang Iulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan Bahasa Cina serta personaliti (Kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, slnat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
- Bersetuju menerima penempatan di Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu Marang.
- Bersetuju mematuhl sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.
Cara Memohon
Setiap permohonan perlu dibuat melalui laman web https://ytklik.terengganu.gov.my/application/14/online.
Tarikh permohonan dibuka pada 30 Oktober 2022 dan akan ditutup pada 30 November 2022.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu 2023, sila hubungi 09-6221733.