Semakan Permohonan Tingkatan 1 Tahfiz Profesional MNTP 2023

Semakan permohonan pengambilan pelajar Tingkatan Satu Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MNTP) boleh dibuat mulai 29 November 2022.

Tahfiz Profesional ialah program yang dianjurkan oleh MNTP bermula pada tahun 2007 dengan pengambilan pelajar dari serata negeri Pahang dengan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar-pelajar yang layak akan mendapat pembiayaan penuh biasiswa Yayasan Pahang bagi meneruskan peluang pendidikan peringkat menengah di sekolah ini.

Kurikulum Sekolah

Pelajar yang bersekolah di sekolah ini akan mengikuti kurikulum hafazan al-Quran 30 juzuk selain didedahkan dengan pengajian akademik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana pelajar di sekolah harian biasa.

Selain itu, pelajar juga adakan juga turut didedahkan dengan kemahiran berbahasa Arab dan Inggeris di samping ilmu asas yang lain.

Pengajian mereka akan berlangsung selama lima tahun dan mereka akan menjalani peperiksaan awam KPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Syarat Umum Kelayakan

Syarat umum kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Anak Jati Negeri Pahang dengan takrifan pemohon atau ibu atau bapa mestilah lahir di Negeri Pahang.
  2. Berumur tidak melebihi 13 tahun.
  3. Memperolehi 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
  4. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  5. Lulus dalam temuduga dan ujian simulasi yang dijalankan.
  6. Memliki personaliti dan sahsiah yang baik.

Cara Membuat Semakan

Semakan permohonan kemasukan boleh dibuat melalui pautan https://tahfizpahang.edu.my/ atau https://bit.ly/pengambilan-2023.

Semakan perlu dibuat menggunakan kad pengenalan pemohon.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai semakan permohonan pelajar Tingkatan Satu Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang, sila hubungi MNTP di talian 09-534 3333.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *