Permohonan Tingkatan 4 SMA Negeri Johor 2025

Mereka yang bakal memasuki Tingkatan 4 pada tahun 2025 adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor sesi 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan kemasukan ini.

Mengenai SMA Negeri Johor

SMA Negeri Johor merupakan institusi pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang menawarkan integrasi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia dan kurikulum berasaskan Agama.

Pelajar yang memasuki sekolah ini akan didedahkan mengenai pembelajaran kurikulum daripada KPM dan Agama sehingga ke Tingkatan 5.

Permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 18 Disember 2024 sehingga 1 Januari 2025.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang boleh dipohon untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:

  • Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)
  • SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  • Maahad Pontian, Pontian (MP)
  • SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
  • SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk kemasukan ke sekolah ini bagi Tingkatan 4 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  3. Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.
  4. Permohonan adalah secara dalam talian (online).
  5. Hanya calon yang melepasi saringan awal akan menghadiri ujian kelayakan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
  6. Tarikh ujian kelayakan akan ditetapkan oleh sekolah.
  7. Mengikuti kurikulum bersepadu dini (KBD) di Tingkatan 1-3.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://bit.ly/permohonantingkatan4.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan keputusan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 3 (Format PDF)
  2. Salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3  (Format PDF)
  3. Salinan Keputusan PAJSK Tingkatan 3 (Format PDF)

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan ke SMA Negeri Johor bagi Tingkatan 4 2025, sila layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor di pautan https://www.facebook.com/BPIJOHOR.

Baca juga: Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2024/2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: