Pengambilan Pelajar Tingkatan 6 Dini STAM Negeri Melaka 2025
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah membuka permohonan bagi pengambilan pelajar Tingkatan 6 Dini bagi mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun 2025.
Berikut adalah maklumat dan info pengambilan pelajar ini.
Mengenai STAM
STAM ialah peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 hasil Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara KPM dan Al-Azhar Al-Syarif.
Lazimnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau semasa di Tingkatan Enam.
Peperiksaan ini akan melibatkan subjek-subjek berikut iaitu:
- Hifz Alquran dan Tajwid
- Fiqh
- Tauhid dan Mantiq
- Tafsir dan Ulumuhu
- Hadith dan Mustolah
- Nahu dan Sarf
- Insya’ dan Mutalaah
- Adab dan Nusus
- ’Arudh dan Qafiyah
- Balaghah
Sekolah Pilihan
Sekolah pilihan bagi pengambilan pelajar Tingkatan 6 Dini di Melaka ini adalah seperti berikut:
- SMA (JAIM) Al-Asyraf
- SMA (JAIM) Al-Ahmadi
- SMA (JAIM) Assyakirin
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi pelajar yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:
- Pelajar lelaki/perempuan warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
- Mendapat keputusan sekurang-kurangnya C dalam 3 subjek Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di sekolah SABK. (Al-Syariah, Usul Al-Din & Al-Lughah Al-A’rabiah Al-Mu’asirah)
Keutamaan Pemohon
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon seperti berikut:
- Anak Negeri Melaka.
- Calon-calon dari kelas (KBD) Dini Tulen yang menduduki pengajian di mana-mana Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
- Lulus ujian kelayakan.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka adalah 1 sehingga 31 Disember 2024.
Cara Memohon
Permohonan bagi pengambilan pelajar ini boleh dibuat menerusi pautan
https://jpnmelaka.moe.gov.my/pengum…/pengambilan-stam-2025.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pengambilan pelajar Tingkatan 6 Dini STAM di Negeri Melaka bagi tahun 2025, sila layari laman web https://jpnmelaka.moe.gov.my/.
Sila hubungi Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka di talian 06-2326732.