Permohonan Tingkatan 6 SBP KISAS & SMAP Labu 2024

Pelajar yang baru sahaja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ingin menyambung pengajian di salah satu daripada dua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan SMA Persekutuan (SMAP) Labu, permohonan kemasukan untuk 2024 telah dibuka.

Berikut adalah maklumat mengenai sekolah ini dan cara untuk memohon.

Mengenai KISAS & SMAP Labu

KISAS yang terletak di Klang, Selangor manakala SMAP Labu yang terletak di Labu, Negeri Sembilan.

Kedua-dua sekolah ini merupakan antara SBP yang terkemuka di dalam negara yang turut menawarkan pengajian bagi Tingkatan 6.

Pelajar yang berminat untuk memasuki salah satu daripada 2 SBP ini boleh membuat permohonan mulai 27 Mei hingga 7 Jun 2024.

Syarat Umum

Syarat umum bagi calon yang berminat untuk memohon adalah seperti:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2024.
  2. Lulus peperiksaan Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Bahasa Melayu.

Syarat Khusus

Selain itu calon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab Peperiksaan SPM 2021/ 2022/ 2023.
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Tasawwur Islam/Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Usul Al-Din/Al-Syariah/Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah Peperiksaan SPM  2021/ 2022/ 2023.
  3. Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik Peperiksaan SPM  2021/ 2022/ 2023.

Tatacara Permohonan

Permohonan kemasukan Tingkatan 6 SBP ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Klik link permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd10VdvIgU_5NC0PcPy7iNkiRTIRxzHbDy80W8jJMTmygemVA/viewform.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan tersebut.

Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu dan surat tawaran kemasukan akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui email yang diberikan.

Surat dan Lampiran Tawaran boleh disemak melalui https://sst6.moe.gov.my/ mulai 21 Jun 2024.

Rayuan Kemasukan

Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan bertulis dan dihantar melalui e-mel kepada [email protected] atau [email protected] mulai 21- 30 Jun 2024.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 SBP KISAS dan SMAP Labu, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8321 7400 atau emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: