Permohonan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025

Pelajar yang berminat untuk mengambung pengajian di Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Kuala Lumpur 2025, permohonan kemasukan telah dibuka.

Berikut merupakan maklumat mengenai sekolah ini dan cara untuk memohon.

Mengenai SMA MAIWP

Untuk makluman, SMA MAIWP merupakan institusi pendidikan yang telah ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006.

Tujuan penubuhan sekolah ini adalah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, penubuhan sekolah ini juga adalah untuk menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka iaitu 18 Disember 2024 sehingga 31 Januari 2025.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon untuk memohon kemasukan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Umur pemohon tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2025
  3. Pemohon telah menduduki peperiksaan:
    – Percubaan SPM 2024; atau
    – SPM 2023; atau
    – SPM 2022
  4. Memperolehi pencapaian minima dalam mata pelajaran berikut:
Mata Pelajaran Pencapaian Minima
Bahasa MelayuC+
Bahasa InggerisC
Al-Lughah Arabiah Muasirah (LAM)C
Al-SyariahC
Usul ad-DinC
Manahij Al-Ulum Al-Islamiyah / Al-Adab Wa Al-BalaghahC

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan berikut iaitu https://www.maiwp.gov.my/.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:

    Pejabat Pentadbiran SMA MAIWP KL
    No 2, Jln Sri Permaisuri,
    Bandar Sri Permaisuri,
    56000 Cheras Kuala Lumpur.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon/ibu dan bapa atau penjaga.
  3. Salinan keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) (jika ada).
  4. Salinan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Salinan sijil –sijil Kokurikulum.
  6. Salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan (jika tiada slip gaji) – bapa,
    ibu/penjaga.

Pemohon perlu memastikan semua dokumen yang disertakan telah mendapat pengesahan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2025, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.

Baca juga: Pengambilan Pelajar Tingkatan 6 Dini STAM Negeri Melaka 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: